MBMB BERSAMA PELAJAR KOLEJ MENCANTIKKAN SEKOLAH BACHANG

MBMB bersama pelajar sebuah kolej dan juga SWM Environemnt telah melakukan kegiatan gotong royong untuk mencantiikan kawasan sekolah rendah Bachang supaya persekitaran selesa untuk pelajar menerima pembelajaran. Mr Chia berkata, sebuah program gotong royong telah diadakan dengan anjuran bersama pelajar kolej teknologi dan juga SWM Environment bertujuan untuk mencantikkan kawasan sekolah dan menanam pokok di sekolah tersebut. Pihak SWM telah menghantar pekerja untuk membantu dala kegiatan gotong-royong tersebut.

Mr Chia berkata, terdapat satu jalan pintas dibelakang sekolah tersebut yang terdapat lalang dan pokok yang tebal dan banyak. Dengan bantuan pihak majlis dan SWM Environment telah membersihkan lalang dan pokok-pokok tersebut bukan sahaja untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes, tetapi juga jalan berkenaan digunakan oleh pelajar sekolah untuk laluan mereka juga.