Masalah Pembuangan Sampah Di Bukit Pelandok Telah Selesai. Majlis Perbandaran Edar 100 Buah Tong Sampah Beroda.

(Lukut, 12 April 2018) 100 buah tong sampah beroda telah diedarkan pada hari ini, menyelesaikan masalah pembuangan sampah di Bukit Pelandok.Pengerusi MCA Negeri Sembilan dan Telok Kemang Dato’ Seri Lim Chin Fui menyatakan:Selepas banyak proses rundingan dijalankan diantara Majlis Perbandaran Port Dickson, SWM Environment dan penduduk kampung, Majlis Perbandaran telah berjaya mengedarkan 100 buah tong sampah yang akan diletakkan di 30 buah lorong di Bukit Pelandok, Kampung India dan Kampung Melayu. Setiap lorong yang diberikan tong sampah adalah mengikut jumlah rumah tidak termasuk taman perumahan.

Beliau memberitahu ini adalah cara baru untuk menangani masalah sampah walaupun kawasan tersebut bukan di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson, tetapi dengan memberikan perkhidmatan secara percuma ini adalah satu kejayaan.

Tong Sampah Ada Kod

100 buah tong sampah telah diserahkan di hadapan pejabat Pusat Informasi dan Komunikasi MCA Kawasan Chuah di Bukit Pelandok pada pagi ini. Turut hadir sama adalah Ketua Kampung Bukit Pelandok, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Port Dickson, wakil penduduk Kampung India, wakil Majlis Perbandaran Port Dickson, wakil SWM Environment dan lain-lain.
Lim Chin Fui menyatakan pemantauan akan dilaksanakan memandangkan orang ramai masih belum dapat membiasakan sistem baru ini. Namun begitu, saya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan menerima baik sistem baru ini bagi memfokuskan penyelesaian masalah sampah.

Beliau memberitahu SWM akan membuat kutipan mengikut jadual perkhidmatan pada setiap hari Rabu dan Sabtu. Oleh itu, saya berharap orang ramai dapat membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dan memastikan tong sampah sentiasa dalam keadaan bertutup.

Kami juga akan mengatur wakil penduduk untuk melakukan pemantauan bagi setiap lorong dan setiap tong sampah yang dibekalkan mempunyai kod.

Sekiranya penduduk kampung mendapati terdapat beberapa situasi yang tertentu boleh terus menghubungi wakil penduduk.

Beliau memberitahu Bukit Pelandok sebelum ini merupakan lokasi pembuangan sampah. Mulai hari ini, kita tidak boleh membuang sampah sesuka hati.

Pelaku akan dikenakan denda. Oleh itu semua penduduk digesa untuk memantau keadaan tersebut dan sekiranya terdapat pelaku membuang sampah sesuka hati sila laporkan kepada pihak berkuasa.