Masalah Lumpur Melimpah Di Taman Soonam Telah Diselesaikan.

(Bahau, 01.02.18) Masalah lumpur di dalam longkang yang melimpah terutamanya ketika hari hujan di Taman Soonam telah diselesaikan.

Penduduk tempatan memberitahu sisa longkang tersebut melimpah masuk di kawasan rumah bapa mertua beliau adalah kekuningan dan berlumpur terutamanya ketika hari hujan.

Ianya juga telah menjejaskan kedai-kedai berdekatan serta koridor sehingga keadaan tersebut menjelikkan penduduk di kawasan itu.

Beliau memberitahu selepas penduduk melaporkan kepada Encik Steven Chong Wan Yu, wakil MCA Bahau, SWM Environment Sdn Bhd, Encik Zainie dan wakil penduduk membuat lawatan bagi memahami masalah yang dihadapi.
Syarikat SWM telah menghantar pekerja dan jentera bagi membersihkan sisa di dalam longkang itu yang terdiri daripada tanah dan pasir. Melalui kerja pembersihan yang dilakukan itu penduduk dan pemilik kedai tidak lagi mengalami masalah itu.

Beliau meminta orang ramai untuk menjaga kebersihan longkang dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang yang akan menyebabkan longkang tersumbat.