MALIM JAYA – DITEMPATKAN 2 TONG SAMPAH BESAR UNTUK MENYENANGKAN PENDUDUK MEMBUANG SAMPAH PUKAL

Datuk Chua, Pengerusi Gerakan berkata menjelang Tahun Baru Cina dimana penghuni cina akan menjalankan aktiviti pembersihan rumah dan telah memohon pihak SWM Environment untuk meletakkan 2 unit tong sampah besar dan berharap penduduk memberi kerjasama dengan tidak membuang sampah pukal dimerata-rata untuk menjaga kebersihan menjelang Tahun Baru Cina ini.Beliau berkata 2 unit tong sampah besar ini akan diletakkan pada hari Ahad di Jalan Murni 2 dan Jalan Zahid 16. Penduduk bolehlah membuang sampah pukal kedalam tong sampah besar yang telah disediakan. Beliau berkata demikian disatu majlis Gotong Royong di Malim Jaya, Jalan Murni dan Jalan Zahid 16. Mr Chua mengingatkan penduduk supaya menjaga persekitaran rumah supaya bersih dan pada hari ini, pihak PBT juga telah menghantar pekerja untuk pemotongan rumput dan juga pembersihan longkang juga dibantu oleh jentera dan pekerja SWM Environment.