Malam AHM 2018 disambut meriah

BANDARAYA MELAKA 29 Okt. – Kira-kira 2,000 peserta menghadiri ‘Malam Anugerah Hijau Melaka’ (AHM 2018) bagi melestarikan hasrat Melaka sebagai Bandar Pintar Berteknologi Hijau.

Program berprestij itu memberi penghargaan kepada setiap peringkat masyarakat meliputi individu serta agensi swasta dan kerajaan terlibat.

Program berlangsung di Hibiscus Grand Ballroom, Hotel Swiss Garden itu dirasmikan Ketua Menteri, Adly Zahari yang tiba kira-kira jam 8 malam, Jumaat lalu.

Pelbagai acara menarik diraikan termasuk persembahan tarian, nyanyian serta pelancaran maskot baharu oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).

Program tersebut turut menganugerahkan pelbagai kategori pertandingan melibatkan pelbagai agensi seperti Anugerah Hijau Melaka 2018 dan Anugerah Khas yang membawa pulang wang tunai RM1,000 serta sijil dan trofi.