MAJLIS MBMB MEMBERI KESEDARAN 3R UNTUK MENGGERAKKAN BANDAR BERSIH

MBMB bersama-sama pihak SWCorp dan SWM mengadakan satu aktiviti yang dipanggil ‘Clean Our City’ pada hari jumaat malam bertempat di Jonker Walk Melaka. Aktiviti ini bertujuan untuk menyemaikan budaya membersih dan menjaga bandar kita. Aktiviti ini turut dihadiri oleh Dato’ Wira Ir. Ismail Othman, EXCO Perumahan Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Wira Zainal Hussin, Datuk Bandar telah melancarkan program ini dan telah mendapat sambutan daripada penduduk disekitar termasuklah pelancong dan murid-murid sekolah.Datuk Ismail berkata, kerajaan tempatan sedang giat menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk mencapai objektif Melaka Bandar Bersih. Program ‘Clean Our City’, telah menyahut slogan Ketua Menteri Melaka ‘ Don’t Mess With Melaka’. Tujuan ‘Clean Our City’ adalah untuk menanam budaya kebersihan bandar kita dan juga memberi kesedaran kepada penduduk supaya menjaga kebersihan bandar kita.

Beberapa Projek Program Pembersihan

Ismail berkata pihak MBMB telah merancang beberapa siri kegiatan program pembersihan termasuk di Dataran Kemerdekaan, kawasan Perigi Hang Li Po, Prigi Bukit Cina, Lorong belakang Melaka Raya untuk mengadakan program ‘Clean Our City’ termasuklah memelihara dan menilai tahap kebersihan tandas awam.

Beliau juga mengingatkan orang awam supaya tidak mengotorkan dan mencemarkan alam sekitar dan jika didapati tertangkap membuang sampah ditempat awam akan dikenakan denda maksimum RM500.

Pada 24 Mac 2018 akan diadakan satu program ‘Earth Hour’ dimana digalakkan supaya orang awam menunggang basikal dan menanam 10,000 batang pokok untuk mengurangkan karbon dioksida.