Lorong Belakang Kediaman Terdapat Banyak Sampah. Penduduk Tidak Berani Untuk Membuka Tingkap Sebab Bau Yang Busuk Dan Pembiakan Nyamuk Serta Serangga

Dilorong belakang kediaman, walaupun tidak banyak dilalui oleh penduduk, tetapi tempat tersebut telah dijadikan tempat pembuangan sampah sehingga menyebabkan penutup longkang menjadi rosak dan timbunan sampah yang banyak telah mengeluarkan bau yang busuk dan sekaligus telah menjadi tempat pembiakan nyamuk dan serangga.

Memandangkan masalah ini adalah serius, tambahan pembiakan nyamuk yang banyak, penduduk ,menjadi tidak berani untuk membuka tingkap kerana khuatir bau busuk akan masuk kedalam rumah dan membuatkan penduduk tidak selesa. Penduduk di Taman Tan Yiew Viewtelah membuat aduan kepada pihak DAP Kota Laksamana mengenai masalah ini, diharapkan dapat mengembalikan susana yang bersih semula.

Mr Liew, Setiausaha DAP berkata lorong kediaman tersebut mempunyai satu longkang besar yang menyalurkan air longkang sehingga ke aliran 3 penjuru di Bachang dan terus ke Sungai Melaka. Kebanyakkan longkang tiada penutup dan terdapat banyak sampah seperti ranting kering, daun-daun pokok, tilam, bungkusan makanan dan lain-lain didalam longkang tersebut. Sampah ini bukan sahaja mengeluarkan bau yang busuk tetapi juga menghalang pengaliran air dan telah menyebabkan pembiakan nyamuk yang banyak. \

Mr Liew telah menghubungi pihak SWM Environment dan pihak SWCorp Melaka dan mengadukan tentang aduan ini. Pihak SWM dengan kadar segera telah menghantar pasukan pekerja dan jentera untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut. Beliau juga amat berharap pihak berkuasa membuat penguatkuasaan dan meletakkan jadual pembersihan sampah dan juga beliau berharap penduduk dapat meningkatkan kesedaran supaya tidak membuang sampah merata-rata dimana akan menjejaskan kecantikan alam sekitar dan masalah kebersihan yang lain.