Lions Club Tangkak berkunjung ke Depoh SWM Environment dan serahkan sumbangan

Summary: Lions Club Tangkak visited SWM Environment Tangkak and contributed necessities to the workers.

(Berita Tangkak 17 April 2017) Lions Club Tangkak telah melakukan kunjungan ke Depoh SWM Environment Cawangan Tangkak untuk bermesra dengan lebih dekat bersama para pekerja SWM yang berjumlah seramai 240 orang. Kunjungan tersebut telah diadakan dengan lancar dalam suasana yang ceria.

Pengerusi Lions Club Cawangan Tangkak, Pn. Ng Miaw Kee berkata, kunjungan tersebut merupakan antara pendekatan yang diambil sebagai tanda menghargai dan sokongan kepada para pekerja SWM Environment.

Katanya, pihak Lions Club telah menyediakan sebanyak 250 bungkusan makanan tengah hari dan 20 bungkusan berbentuk keperluan harian (seperti beras, minyak masak dan lain-lain) kepada pekerja yang kurang berkemampuan.

Dalam lawatan mesra tersebut juga, pihak SWM Environment telah menyampaikan taklimat kepada rombongan Lions Club tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak syarikat konsesi. Seramai 16 orang ahli Lions Club termasuk Naib Presiden dari Ibu Pejabat Kaasan, YBhg. Dato’ Lim Choon Hee dan Pengerusi Kawasan 6, YBhg. Dato’ Ng Tee Seng.

Kunjungan Lions Club tersebut telah disambut oleh Eksekutif Perhubungan Awam SWM Environment Wilayah Johor, En. Choo Chiau Seng bersama Pentadbir SWM Cawangan Tangkak, En. Faizal serta kakitangan.

En. Choo juga telah menyampaikan taklimat ringkas tentang kaedah pengasingan sisa pepejal di punca semasa berlangsungnya kunjungan tersebut.