KOTA LAKSAMANA – PANGSAPURI BLOK N 2 BUAH RUMAH KOSONG TELAH DIBERSIHKAN

Blok N pangsapuri di Kota Laksamana terdapat 2 buah unit yang kosong dimana telah memberi masalah kebersihan di kawasan tersebut. Selepas menerima bantuan daripada pihak yang bertanggungjawab, 2 unit kawasan tersebut telah dibersihkan.Dato’ Goh, Ketua bahagian DAP Kota Laksamana berkata, beliau telah menerima banyak aduan berkenaan masalah kebersihan di tapak pangsapuri tersebut, dengan itu beliau telah meminta pihak Majlis, SWCorp dan SWM Environment untuk membantu dengan menghantar pekerja untuk menyelesaikan masalah aduan tersebut. Beliau berkata, kawasan tersebut adalah kawasan hitam untuk wabak denggi. Masalah kebersihan dikawasan lapang ini telah mendatangkan banyak nyamuk dan serangga. Dengan itu kerja-kerja pembersihan harus dijalankan dengan kadar segera.

Selain daripada Blok N, masalah yang sama berlaku di Blok M dan telah meminta pihak pengurusan pangsapuri untuk memberikan perhatian terhadap masalah ini. Antara pihak yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan ini adalah En Akmal, pegawai daripada SWCorp Melaka dan juga pihak SWM Environment.