KETUA MENTERI MELAKA : MENYIASAT PEKERJA WANITA YANG ADUKAN TEDAPAT GANGGUAN SEKSUAL. MEMERIKSA LATAR BELAKANG PEGAWAI KERAJAAN

Ketua menteri berkata terdapat seorang pegawai kerajaan tertinggi menghantar pesanan ringkas melalui ‘whatsapp’ berunsur gangguan seksual kepada pekerja wanita bawahannya dan pekerja wanita terbabit telah membuat laporan polis berhubung kejadian ini. Untuk keadilan kepada pekerja terbabit, kerajaan negeri menyiasat latar belakang pegawai kerajaan dan juga termasuk mereka yang ada kaitan dengan kejadian ini.

MENYAHUT LARANGAN PENGGUNAAN PLASTIK DAN POLISTRIN

Kerajaan negeri akan meneruskan larangan penggunaan plastik dan polistrin. Pihak SWCorp dan juga SWM Environment akan mengutip sampah pukal disetiap lokasi taman termasuk barangan yang boleh dikitar semula sehari dalam masa seminggu. Beliau berkata penduduk juga seharusnya bersikap jimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik untuk mencapai hasrat kerajaan negeri untuk mencapai matlamat pembersihan sifar.