Kerja Pembersihan Longkang Dilakukakan Bagi Mengelak Penyakit Demam Denggi

(Linggi, 04.07.17) Kerja pembersihan longkang dilakukakan bagi mengelak penyakit demam denggi di bandar Linggi terutamanya di laluan belakang premis perniagaan.

SWM Port Dickson telah melakukan kerja-kerja pembersihan longkang di lorong belakang premis perniagaan bandar Linggi dengan menggunakan jentera  Water Jet telah menerima pujian daripada para peniaga.

Pihak syarikat telah menghantar pekerja bagi membersihkan longkang di lorong belakang. Kerja pembersihan mengambil masa setengah hari bagi mengeluarkan sisa yang terperangkap di dalam longkang.

Bagi memastikan taraf kesihatan penduduk terjamin, SWM diminta untuk membantu melakukan kerja pembersihan.