KELAB ALAM SEKITAR SEKOLAH TUN FATIMAH BERGOTONG-ROYONG

(JOHOR BAHRU, 6 JUN) Kelab Alam Sekitar dari Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama penduduk pada kelmarin.Chong Lee Lee (Tingkatan 4) yang mengetuai kelab berkenaan berkata aktiviti terbabit diatur setelah mengambil maklum akan kesedaran yang rendah dalam kalangan penduduk setempat tentang kebersihan selain pengurusan sampahnya yang tidak sempurna memandangkan berada jauh dari kawasan bandar. Penduduk setempat pula mengamalkan kaedah pembakaran sampah atau membuangnya ke dalam sungai sehingga menyebabkan kawasan sekeliling berbau busuk dan menjadi punca berlakunya kes denggi.

“Sebagai generai muda, kami telah mengambil maklum dan mengemukakan permasalahan ini kepada pihak sekolah dan disokong,” katanya.

Aktiviti gotong-royong merupakan langkah pertama yang dilaksanakan dan kelab ini akan melakukan kaji selidik dan penganjuran program yang lebih banyak dengan harapan agar penduduk setempat dapat terlibat sama sekaligus meningkatkan kesedaran dalam kalangan mereka.

Dalam pada itu, Penolong Pengetua sekolah berkenaan, En. Hamizi menjelaskan bahawa program tersebut bukan sekadar mempamerkan kebolehan murid dalam menganjurkan aktiviti berkenaan malah turut mendidik mereka tentang kesabaran sepanjang penganjuran tersebut pada bulan Ramadan ditambah pula dengan keadaan cuaca semasa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama menjayakan program tersebut seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment).