KEGIATAN PEMBERSIHAN DI JONKER WALK UNTUK SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DAN JONKER WALK BERSIH

AJK Jonker Walk Melakatelah mengadakan satu aktiviti gotong royong untuk membersihkan laluan sepanjang jalan di Jonker Walk sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kegiatan ini untuk memastikan persekitaran Jonker Walk bersih. Pengerusi Jonker Walk, Datuk Wira Gan Tian Loo berkata, sebanyak 1000 buah tanglung telah dipasang dan digantung di sepanjang Jonker Walk untuk membawa suasana Tahun Baru Cina. Suasana Tahun Baru Cina ini diharapkan dapat menarik perhatian kepada lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.Dengan itu, untuk menyambut kedatangan palancong yang ramai menjelang Tahun Baru Cina, pihak AJK Jonker Walk memandang serius kebersihan dan telah mengadakan kegiatan gotong royong besar-besaran dengan mendapat kerjasama daripada pihak PBT, MBMB, Bomba dan SWM Environment. Dengan melaksanakan aktiviti gotong royong seperti ini, kebersihan Jonker Walk adalah terjamin dan lebih baik dan memberi suatu suasana yang selesa kepada pelancong.

Mr Gan berkata, sempena Tahun Baru Cina ini, Jonker Walk adalah salah satu destinasi percutian perlancongan utama di Malaysia. Selain daripada, perhiasan disepanjang Jonker Walk, peniaga juga diminta untuk mengekalkan tahap kebersihan sempena Tahun Baru Cina dan berterusan memngekalkan persekitaran yang bersih dikawasan perlancongan. Beliau juga berharap kepada pelancong dalam dan luar negara dapat memberikan sepenuh kerjasama untuk memastikan tahap kebersihan di Jonker Walk berada di tahap yang paling baik.