Kampung Orang Asli terima sumbangan SWM Kasih

(JOHOR BAHRU, 20 Jun 2017) SWM Environment melalui entiti SWM Kasih telah berkunjung ke Kampung Orang Asli Bakar Batu, Perling pada kelmarin, di sini. Selain daripada menyediakan bubur lambuk bersama penduduk setempat, pihak SWM juga menyalurkan bantuan kepada seluruh penduduk kampung berkenaan.

Turut hadir pada program tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, YB Puan Hajah Asiah Md. Ariff, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor (JAKOA), En. Wan Assim Wan Shekh, Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, En. Mohd Zan Arris dan Tok Batin Kampung Orang Asli Bakar Batu, En. Kias Ki.

Selain menyumbangkan bantuan kepada 46 buah keluarga, pihak SWM Environment turut mengagihkan duit raya kepada 83 orang kanak-kanak. Program tersebut juga turut menyaksikan penganjuran aktiviti sampingan oleh pihak SWM Environment seperti aktiviti gotong-royong dan bengkel kuih raya.