JCI Seremban Berkunjung Ke SWM Bagi Jemputan Memasuki Kampus Bersama-sama Mendidik Kesedaran Alam Sekitar

(Seremban, 04 April 2019) Presiden JCI Seremban Encik Lawrence bersama-sama dengan Setiausaha JCI Cawangan Seremban telah datang berkunjung ke SWM Environment bagi menjemput SWM Environment untuk bersama-sama dalam ‘Captain Earth Project’, bagi mendidik warga kampus berkenaan aktiviti kitar semula.
Wakil SWM Environment yang turut serta ialah Puan Nurul Liza Binti Mohd Najib, Penolong Pengurus Komunikasi Korporat dan Encik Daniel Sahrill Bin Abdul Hadi, Eksekutif Kanan 3R.
SWM memberikan komitmen untuk menyertai program tersebut dan akan memberikan bantuan serta sokongan.
Lawrence memberitahu Earth Captain adalah popular dan bertugas mendidik pelajar cara untuk mengurangkan janaan sampah dan mengitar semula bagi memastikan planet ini daripada dicemari secara berterusan.
Sekiranya ada pihak yang mahu melibatkan diri, boleh hubungi beliau di talian 012-6759813.