JAWATANKUASA PENGURUSAN RUMAH ORANG TUA KULAI MEMINTA ORANG RAMAI UNTUK TIDAK MEMBUANG SAMPAH DI RUANG PARKIR KENDERAAN

(KULAI, 10 FEBRUARI) Pengerusi Jawatankuasa Rumah Orang Tua Kulai, En. Teo Ruo she meminta orang ramai untuk tidak membuang sisa pukal mereka di ruang parkir kenderaan.Jelas beliau, terdapat segelintir orang ramai yang mengambil kesempatan membuang sisa pukal mereka seperti dahan pokok dan perabot lama di lokasi tersebut. Tindakan tersebut telah menjejaskan kebersihan di kawasan tersebut selain menghalang orang awam memarkirkan kenderaan mereka di situ terutamanya pengunjung rumah berkenaan sempena perayaan ini.

Tindakan segera telah dilaksanakan setelah masalah tersebut disalurkan kepada Ahli Majlis Perbandaran Kulai. Pihak jawatankuasa rumah berkenaan merakamkan penghargaan atas bantuan yang diberi oleh ahli majlis berkenaan.