Jangan Lakukan Pencemaran. Bawa Bekas Ke Bazar Ramadan Untuk Wujudkan Amalan Hijau Di Sepanjang Ramadan.

(Seremban, 07.06.17) Bawa bekas makanan. Negeri Sembilan tahun ini melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar dengan menyeru rakyat untuk membawa bekas makanan ke bazar Ramadan untuk wujudkan amalan hijau pada bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Dato’ Haji Jalaluddin Bin Haji Alias memaklumkan mengikut data pada tahun lepas, rakyat Malaysia telah menghasilkan sejumlah 270,000 metrik tan makanan yang dibazirkan, dan makanan yang dibazirkan itu tidak dapat di kitar semula atau diproses semula.

“Khususnya, ini tidak boleh dilupuskan sisa makanan, ketinggian timbunan boleh mencecah sehingga 30 tingkat di dua puncak Menara. Ini adalah mencukupi untuk orang ramai melihat sendiri serta menilai keadaan apabila banyak lebihan makanan dibazirkan.

Jalaluddin berharap melalui usaha yang dijalankan ini dengan menyeru orang ramai untuk membawa bekas makanan ke bazar Ramadan bukan sahaha dapat menjamin kebersihan alam sekitar malah dapat mengurangkan jumlah penggunaan beg plastik serta mengawal pembelian plastik.

Mempromosikan Konsep Melindungi Alam Sekitar

Bagi memastikan orang ramai menyedari kempen kesedaran ini, publisiti melalui pemasangan poster di lokasi-lokasi bazar Ramadan untuk mengingatkan orang ramai membawa bekas makanan dari rumah.

SWM Atur 220 Orang Pekerja Untuk Kutipan Sampah

Jalaludin memberitahu SWM NS telah mengatur jadual kutipan sampah bermula dari 27 Mei hingga 24 Jun dari jam 8:00 malam hingga 12 tengah malam bagi 62 buah lokasi bazar Ramadan.

Beliau menyatakan SWM akan terus menerus melakukan penambahbaikan perkhidmatan bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dilaksanakan dengan baik.

Tahun ini SWM telah mengaturkan sejumlah 220 orang pekerja termasuk menyediakan 13 buah lori kompaktor dan 11 buah lori RORO untuk membuat kutipan sisa pepejal.

SWM juga telah mengenalpasti lokasi bazar Ramadan yang mempunyai jumlah pengunjung yang ramai dengan meletakkan tong sampah berskala besar untuk memudahkan orang ramai dan peniaga melupuskan sampah.

Beliau turut memaklumkan tindakan tegas akan dikenakan terhadap  individu yang degil untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

Beliau menyatakan SWM juga turut menyediakan perkhidmatan pada Hari Mantai iaitu sebelum dan selepas dengan membuat kutipan di 40 buah lokasi yang dikenalpasti.