JALAN SUNGAI PUTAT – SAMPAH HARAM TELAH DIBERSIHKAN

Jalan Sungai Putat terdapat satu kawasan longgokan timbunan sampah haram dan ianya telah diselesaikan. Dipercayai sampah haram itu terdiri daripada bahan binaan, perabut-perabut lama dan juga perkakas pejabat. Pihak SWM Environment telah menghantar pekerja untuk membersihkan kawasan tersebut dan pada masa yang sama pihak SWCorp Melaka telah mendirikan papan tanda amran ‘ Dilarang Membuang Sampah Merata-rata’.Ahli Majlis MPHTJ, Datuk Loh memberitahu kepada pihak media sejak kebelakangan ini terdapat orang yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di tapak tersebut. Pihak SWM Environment telah mengambil tindakan dengan segera untuk menyelesaikan masalah sampah haram selepas menerima aduan. Beliau berkata, kebelakangan ini, pihak MCA banyak terima aduan dimana sampah yang dibuang boleh mencacatkan pemandangan bandar dan juga menghalang penggunaan jalan dikawasan tersebut.

Datuk Loh berharap penduduk dan orang awam supaya tidak membuang sampah merata-rata dan sepatutnya buang sampah pukal seperti perabut dan bahan-bahan binaan dengan cara yang betul dan memberi kerjasama kepada pihak SWM Environment dalam mengambil sampah pukal. Beliau juga mengingatkan orang awam sekiranya tertangkap ketika membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda tidak lebih RM 10 ribu atau penjara sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.