JALAN KOTA LAKSAMANA – JALAN BANJIR DISEBABKAN LONGKANG TERSUMBAT

 

Mr Liew berkata pada 24 januari yang lalu jam 5 petang telah mengalami hujan turun dengan lebatnya dan didapati jalan dipenuhi air dan menyukarkan laluan kenderaan dan beliau terus menghubungi pihak berkuasa, SWCorp dan pihak SWM Environment dan mereka telah melawat tapak pada 25 januari. Beliau berkata pihak JKR sememangnya ada membuat saluran air dari jalan raya kelongkang untuk mengelakkan banjir tetapi apabila pihak majlis melantik kontraktor untuk kerja-kerja menurap jalan sepanjang jalan dan didapati sebahagian saluran air telah tertutup dan telah menyebabkan banjir kilat.

Selain daripada itu, beliau berkata penanaman bunga ditepi jalan juga telah mengganggu pengaliran air dengan lancar. Pihak SWM Environment telah menggunakan Ultrawax untuk membersihkan saluran air disepanjang jalan. Dan beliau berterima kasih kepada bantuan daripada pihak SWCorp dan juga SWM Environment untuk menyelesaikan masalah ini.