Hubungi Talian Hotline Sekiranya Menghadapi Masalah Kutipan Sampah. SWM Environment Beroperasi Seperti Biasa Ketika Tahun Baru Cina.

(Seremban, 08.02.18) SWM Environment beroperasi seperti biasa, orang ramai yang menghadapi masalah kutipan sampah boleh menghubungi terus talian hotline 1-800-88-7472 bagi membuat aduan segera.

Pengurus Wilayah SWM Environment Melaka dan Negeri Sembilan, Dr Al’Ashari Bin Haji Othman menekankan syarikat memahami budaya masyarakat Cina dalam membuat persediaan kedatangan sambutan Tahun Baru Cina bahawa jumlah sampah akan meningkat daripada kebiasaan terutamanya sampah dapur.

Beliau memberitahu bagi mengelakkan masalah sampah mengganggu kehidupan penduduk sekitarnya, pihak syarikat memberikan perkhidmatan seperti biasa, masa kutipan sampah juga sama dan penduduk boleh merujuk papan tanda perkhidmatan yang dipasang di pintu masuk/ keluar taman perumahan.

Beliau juga mengingatkan orang ramai untuk melakukan pengasingan sisa pepejal di punca dan bekerjasama dalam memastikan kebersihan kawasan sekitar. Beliau menyatakannya pada pagi ini ketika menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada 25 buah keluarga di Kampung Baru Mambau.

Ingat Untuk Asingkan Sampah.

Encik Ng Kian Nam, Puan Yap Siok Moy, Cik Dafney Ho, Encik Chan Ti Meen, Encik Khairul Adha dan Encik Mohd Shukri turut hadir pada hari itu.

Dr Al’Ashari juga memberitahu, tahun ini merupakan tahun ketiga syarikat menyampaikan sumbangan sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada golongan yang memerlukan bukan sahaja tanggungjawab sosial korporat tetapi dengan memberikan semula kepada masyarakat.

Beliau juga memberitahu program tersebut turut mendapat kerjasama daripada syarikat Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd dengan menaja produk minuman bagi acara ‘Yam Sheng’.

Ng Kian Nam Berharap Mempromosikan Kitar Semula.

Ng Kian Nam menyatakan cadangan SWM Environment terhadap polisi 3R adalah baik. Hanya syarikat ini sahaja yang mempromosikan kitar semula. Beliau berharap syarikat dapat memnfokuskan promosi ‘guna semula’ dan ‘kurangkan’.
Sebagai contoh ketika Tahun Baru Cina, beliau mencadangkan orang ramai untuk mengguna semula sampah dapur yang dijana bagi kegunaan lain.

“Kejayaan pelaksanaan 3R dan keinginan kawasan Rasah untuk menjadi bandar hijau jelas kelihatan suatu masa nanti”.
Beliau percaya orang ramai dapat menggunakan sampah dapur seperti kulit buah-biahan, sayur yang boleh dijadikan baja.

Konsep yang dipromosikan SWM dapat mengurangkan sampah dan mewujudkan situasi menang-menang.