HARAP RAKYAT BUDAYAKAN PENGASINGAN SAMPAH

(MUAR, 6 FEBRUARI) Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berharap agar orang ramai dapat mempraktikkan kaedah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dengan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan Tahun Baru Cina kepada golongan kurang berkemampuan turut menyatakan bahawa rakyat Malaysia masih belum setanding rakyat Jepun yang menjadikan sisa makanan sebagai baja kompos.

Jelasnya lagi, kebanyakan rakyat Malaysia mengetahui kepentingan menguruskan sampah tetapi tidak ramai yang benar-benar melaksanakannya dan mereka juga gagal untuk memulihara alam sekitar.

LAKSANA PROGRAM PENGURANGAN SAMPAH

Sementara itu, Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris yang mengiringi Yeo melancarkan Program KITAR3cycle menegaskan bahawa aktiviti kitar semula sampah yang lebih agresif dapat dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan peratusan kitar semula.

Tambah beliau lagi, pengasingan sisa pepejal seperti sisa dapur dan kitar semula boleh dijual sekaligus menjana pendapatan serta tenaga yang boleh diperbaharui selain meminimumkan penggunaan tapak pelupusan sampah.

Walaupun langkah yang dilaksanakan memerlukan jangka masa yang panjang memandangkan kesedaran orang awam tentang perlindungan alam sekitar masih rendah dengan kadar 30% hingga 40% sahaja isi rumah yang melakukan kaedah pengasingan sisa pepejal di punca.

Dalam pada itu, pihak SWM Environment turut menyumbangkan sebanyak RM1,000 keada Pertubuhan kebajikan Ai Xin di samping bantuan kepada 20 keluarga yang kurang berkemampuan dan 10 orang ibu tunggal. Program tersebut telah turut dihadiri oleh ADUN Bentayan, Ng Yak Howe, ADUN Bukit Naning, Md. Ysahrudin Kusni dan wakil Majlis Perbandaran Muar (MPM.