Hadiah Terbaik Sebelum Bersara. Dua Orang Pemandu Lori Sampah Terima Pingat. ROI : 16cm X

(Kuala Pilah, 28.01.19) Selepas pekerja pembersihan berbangsa Cina menerima penganugerahan pingat P.J.K., dua lagi pemandu SWM Environment telah menerima pingat yang sama dan menganggap hadiah terbaik sebelum mereka bersara.

Chan Mun Thye, Shaik Dawood (60 tahun) dan Abdul Kadir (59 tahun), telah menerima pingat daripada DYMM Tuanku Muhriz.

Mereka tidak pernah menyangka akan mempunyai memori terindah di tahun terakhir perkhidmatan mereka bersama SWM Environment.

Shaik Dawood dari Rembau menyatakan beliau baru sahaja bersara pada 24 haribulan yang lalu, dan pada masa ini beliau memberitahu inilah penganugerahan tertinggi yang beliau terima sejak bekerja di SWM selama 17 tahun.
Beliau memberitahu tidak pernah menyangka bahawa beliau akan diberikan penghormatan dan terasa seperti bermimpi.
Shaik Dawood adalah pemandu SWM. Beliau mengakuo setelah menerima pingat tersebut, beliau bertambah semangat untuk menyertai perkhidmatan kepada masyarakat walaupun telah bersara.

Beliau memberitahu telah bekerja dengan ikhlas tanpa memikirkan untuk mendapatkan penghormatan sebegini. Pingat ini seperti ganjaran kepada beliau. Sekiranya pihak syarikat mahu menyambung perkhidmatannya, beliau gembira untuk bertugas kembali.

Penerima seterusnya, Encik Abdul Kadir memberitahu bahawa beliau akan bersara dalam masa empat bulan lagi dan beliau akan menjalankan tugas sebagai pemandu sebaik mungkin.

Beliau juga mengakui ketika dimaklumkan bahawa beliau akan menerima pingat, perasaan tidak percaya dan takut adalah perasaan yang dialaminya kerana pertama kali memasuki istana.

Beliau memberitahu sejak beliau bertugas di SWM pada tahun 2002, empat anaknya juga amat berbangga dengan beliau.
Beliau berharap penganugerahan tersebut dapat memberi galakan kepada rakan-rakannya di SWM untuk bekerja keras; diberikan penghormatan adalah tanggungjawabnya untuk menjadi contoh kepada rakan-rakan lain.

Ketika majlis tersebut, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan SWM Environment, Dr Al’Ashari Bin Haji Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong turut hadir untuk mengucapkan tahniah kepada penerima