Gotong Royong Pembersihan Untuk Membasmi Wabak Denggi

Summary: SWM Environment helping ‘gotong royong’ program at Taman kenanga Seksyen 3 to  eradicate dengue.

Kenanga Seksyen 3 – Gotong royong pembersihan untuk membasmi wabak denggi.

Taman Kenanga seksyen 3 telah mengadakan satu program gotong-royong pembersihan dengan kerjasama pihak SWM Environment dan juga rukun tetangga kawasan tersebut. Pihak SWm telah menghantar lori untuk mengambil sampah pukal di taman tersebut dan juga pekerja untuk membantu pembersihan dikawasan taman tersebut.

Ahli Mjalis MBMB, Mr Lai berkata, taman kenangaseksyen 3 adalah kawasan hitam untuk denggi. Beliau mengingatkan penduduk supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya merasa tidak sihat. Beliau juga menyeru supaya penduduk menjaga kebersihan persekitaran dan juga elakkan takungan air yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Pegawai kesihatan akan mengenakan denda kepada isi rumah jika didapati takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.