Gotong-royong di Jonker Walk

Pihak pengelola Jonker Walk telah bersama-sama peniaga, majlis, bomba dan SWM Environment telah mengaturkan satu kegiatan gotong-royong untuk membersihkan kawasan sepanjang jalan di Jonker Walk dan dalam masa yang sama untuk meningkatkan kesedaran peniaga untuk menjaga kebersihan persekitaran.  Datuk Wiran Gan Tian Loo berkata Jonker Walk adalah kawasan perlancongan dan kebersihan amatlah ditik beratkan terutama pada hujung minggu dimana jumlah janaan sampah yang tinggi dan semua pihak harus memainkan peranan untuk menjaga kebersihan.

Kegiatan gotong royong ini juga akan memberi kesedaran kepada semua peniaga supaya sentiasa menjaga kebersihan di Jonker Walk. Melalui kegiatan ini, tahap kebersihan dapat diperbaiki dan wabak denggi telah menurun dengan baik.