GOTONG-ROYONG BERSIHKAN PERHENTIAN BAS SIMPANG RENGGAM

(SIMPANG RENGGAM, 31 JULAI) Ahli Majlis Daerah Simpang Renggam, Mohd Iskan telah menganjurkan satu aktiviti gotong-royong di Perhentian Bas Simpang Renggam. Aktiviti yang mendapat penglibatan orang awam tu telah melibatkan anggota SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dan Jabatan Kesihatan Majlis Daerah Simpang Renggam.

Jelas beliau, aktiviti tersebut dianjurkan setelah mendapati kes demam denggi semakin meningkat dan kesedaran awam tentang penjagaan kebersihan amat penting untuk dipupuk dalam kalangan orang awam.