Dua Jam Setengah Hujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat

(Mantin, 27.05.17) Dua jam setengah hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat di Kampung Tanah Andalas. Kejadian tersebut juga telah berlaku air kumbahan melimpah di 12 unit kediaman sehingga menyebabkan ruang dapur, ruang tamu dan kawasan sekitar tidak menyenangkan.

Kejadian banjir berlaku pada jam 6 petang dimana 10 buah keluarga Melayu, Cina dan India sedang menyediakan makan malam.

Ketika kejadian banjir berlaku, penduduk telah meletakkan kain baju untuk menghalang daripada air kumbahan memasuki rumah tetapi ianya tetap dapat memasuki ruang dalam rumah.

Ketua Kampung tersebut bersama-sama penduduk telah membantu penduduk yang terjejas teruk dengan mengaturkan 30 orang yang terjejas akibat banjir untuk tinggal sementara di dewan orang ramai sementara menyiapkan makanan untuk berbuka puasa. Pihak Biro Kebajikan Negeri Sembilan juga turut menyediakan keperluan asas, khemah dan selimut untuk penduduk yang terjejas.

Kemudian, Ahli Majlis dengan segera telah meminta Majlis Perbandaran Seremban untuk menghantar jengkaut bagi melakukan kerja-kerja mengalihkan lumpur, sementara pihak SWM telah membantu membersihkan kotoran longkang dengan menghantar jentera Ultra Whack Vacuum Cleaner.