Denggi Di Taman Jimah Jaya Site C Serius. Jabatan Kesihatan Laksana Gotong-Royong Pembersihan Bagi Mengelak Denggi.

(Chuah, 30.10.18) Penduduk Taman Jimah Jaya Site C mengalami masalah demam denggi. Jabatan Kesihatan dan beberapa unit lain telah bersama-sama menjalankan kerja pembersihan bagi memastikan persekitaran yang bersih dan mengelakkan daripada penyakit demam denggi muncul kembali.

Dilaporkan sejak minggu lepas, Taman Jimah Jaya Site C merekodkan tujuh kes demam denggi. Walaupun keadaan tersebut masih boleh dikawal, masalah longkang, rumput dan sampah di Kampung Baru masih serius.

Selepas Jabatan Kesihatan membuat lawatan di Kampung Baru, mereka telah memutuskan untuk menjalankan aktiviti kerja pembersihan bersama-sama Majlis Perbandaran Port Dickson, SWM dan penduduk kampung. Program turut dihadiri oleh Adun Chuah Choo Ken Hwa.