Dalam Proses Perlaksanaan Projek Pelupusan Teknologi Insinerator Summary: Plogging and Recycling Awareness program among tenants at the commercial center of Dataran Pahlawan

Perlaksanaan insinerator dapat diteruskan pada tahun hadapan. Melaka akan menjadi negeri paling awal menerima projek insinerator.
Datuk Tey Kok Kiew, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar berkata bahawa projek WTE masih dalam peringkat awal. Penggunaan WTE ini dijangka akan dapat menyelesaikan masalah pengurusan dan teknologi hijau. Melaka berpeluang menjadi negeri terawal menggunakan teknologi ini. Perkara ini dijangka akan dilaksanakan di tapak pelupusan Sungai Udang dan menggunakan teknologi berkuasa tinggi insinerator. Ianya juga dijangkakan dapt mengurangkan sampah maksimum 1500 tan sehari. Dijangka pada awal tahun depan akan mula dilaksanakan. Beliau berkata semasa sidang media program Litter Picking anjuran Hatten, SWCorp dan SWM Environment.

TEKNOLOGI INSINERATOR AKAN DIBINA DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SUNGAI UDANG

Datuk Tey berkata, setiap hari sebanyak 1500 tan sehari yang diuruskan di Tapak Pelupusan Sampah di Melaka. Pengurusan sampah secara tradisional mendatangkan pencemaran alam sekitar dan tidak dapt untuk menampung sampah yang banyak dan ini akan menambahkan kos perbelanjaan dari masa ke semasa. Beliau juga berkata setiap rakyat seharusnya menanamkan sikap tanggungjawab menjaga alam sekitar untuk menjadikan Melaka sebagai negeri terbersih dan memberi setiap orang kehidupan dang bersih dan persekitaran hijau.
Beliau juga berkata pihak SWCorp dan SWM Melaka telah giat memberi kesedaran kitar semula dan kebersihan untuk meningkatkan kesedaran dimana terdapat banyak aktiviti kesedaran yang dilakukan seperti aktiviti Kitar Semula dan berharap aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kesedaran penduduk untuk memelihara alam sekitar yang bersih dan menyayangi alam sekitar.

Summary: Plogging and Recycling Awareness program among tenants at the commercial center of Dataran Pahlawan