China Press – SWM Environment sampaikan taklimat kitar semula di SJKC Kahang

Summary: Briefing on recycling and separation at source (SAS) with SJKC Kahang by SWM Johor North.

(KAHANG, 3 November) Seramai 384 murid dan 28 guru dari SJKC Kahang telah diberikan penerangan tentang kaedah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca yang disampaikan melalui Taklimat Kitar Semula yang diadakan pada kelmarin.

Taklimat yang disampaikan oleh wakil SWM Environment, En. Choo Chiau Seng telah turut menyaksikan penempatan satu unit sangkar kitar semula di sekolah berkenaan bagi memudahkan kaedah pengasingan sisa pepejal dilaksanakan.

Dalam pada itu, pengetua sekolah tersebut, En. Gan Chin Huat berharap agar murid dapat mengamalkan kaedah pengasingan sisa pepejal dalam kehidupan seharian mereka. Beliau juga meminta agar orang luar tidak membuang sampah ke dalam tong sampah di kawasan sekolah kerana akan meningkatkan kerja pembersihan yang diuruskan oleh pihak sekolah.