China Press – Lorong Belakang Pasar Lukut Dijadikan Tempat Pembuangan Sampah. Ahli Majlis Terima Aduan Hantar Pekerja Untuk Membersihkan Kawasan

Summary: SWM cleaned illegal waste.

(Lukut,  03.11.17) Lorong belakang  kedai di pasar Lukut  dipenuhi dengan pokok-pokok dan menjadi seperti tapak pelupusan sampah. Ahli Majlis telah menerima aduan untuk kerja pembersihan dilakukan di kawasan itu.

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Port Dickson menyatakan ketika lawatan beliau di kawasan tersebut pada pagi ini mendapati lorong belakang di jalan pasar telah menjadi hutan daripada restoran makanan cina Lukut sehingga kedai minuman 555. Deretan tersebut mempunyai banyak lot kedai yang tidak beroperasi, oleh itu tiada sesiapa yang mengambil berat keadaan lorong belakang yang pada mulanya hanyalah semak samun.

Beliau berkata akibat daripada tiada perhatian yang diberikan bertahun lamanya, lorong tersebut telah menjadi lokasi pembuangan sampah dan menjejaskan persekitaran di kawasan itu.

Beliau menambah, lorong belakang kita telah dibersihkan selepas kerja pembersihan dilakukan. Beliau menggesa orang awam untuk bekerjasama menjaga kebersihan. Sekiranya ia diabaikan, nyamuk akan mudah membiak dan mangsanya adalah orang awam sendiri.