China Press – Jalaluddin: Cadangan Kepada Menteri, Perhimpunan Sekolah Sekali Seminggu Didik Pelajar Kitar Semula Sampah.

(Seremban, 24.10.17) Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, beliau akan mengusulkan cadangan di mesyuarat Dun kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan ahli Exco untuk meluluskan cadangan mengadakan program mendidik pelajar sekolah di dalam perhimpunan lebih kurang 5 hingga 10 minit untuk menerangkan kepada pelajar kepentingan menjaga alam sekitar.

Beliau menyatakan akan meminta agensi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam untuk menyediakan maklumat kertas kerja terlebih dahulu sebelum mengusulkannya di dalam mesyuarat agar perkara tersebut dapat diwajibkan di sekolah-sekolah.

Dijangka Pelaksanaan Bermula Pada Tahun Hadapan Pada Penggal Persekolahan Baru.

Beliau menyatakan sekiranya kata putus telah diterima, beliau menjangkakan pelaksanaan tersebut akan bermula pada tahun hadapan. Namun, ianya bergantung kepada kata putus daripada kerajaan Negeri Sembilan.

Jalaluddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, telah menghadiri majlis Mini Karnival SWM-Coca Cola Jelajah 3R menyatakannya ketika sidang media.

Beliau memberitahu kerajaan telah melaksanakan Akta 672, 2007 Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam  pada tahun 2015. Sejak perlaksanaan sepenuhnya dilaksanakan, Negeri Sembilan mempunyai 90 kes dan 9 kes telah dibawa ke mahkamah.

Beliau menyatakan SWM Environment Sdn Bhd sejak tahun 201 hingga kini telah melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan kitar semula dan penjagaan alam sekitar, tetapi masih ada lagi pelajar yang tidak memahaminya.

Oleh itu beliau akan mengusulkan cadangan seperti diatas dan dalam masa yang sama akan meminta syarikat untuk terus menjalankan aktiviti mendidik pelajar tentang kitar semula dan penjagaan alam sekitar.

Ramai orang telah mempunyai tanggapan yang salah bahawa masalah sampah hanya perlu ditangani oleh badan kerajaan sahaja.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh, Pengarah Eksekutif SWM Environment Sdn Bhd, Dr Uzir Bin Abdul Malik, Pengurus Wilayah Melaka & Negeri Sembilan, Dr Al’Ashari Bin Haji Othman, Pengarah SWCorp Negeri Sembilan,  Encik Zainal Fitri Bin Haji Ahmad, Cik Belinda Ford, Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Coca-Cola Bottling Investment Group Malaysia, Singapura dan Brunei.