China Press – Gotong-royong di Tangkak libatkan 9 taman perumahan, kediaman kotor dikompaun

Summary: SWM Tangkak involved in the cleaning activity organised by Majlis Daerah Tangkak and Jabatan Kesihatan Daerah Tangkak with the residents.

(TANGKAK, 8 SEPTEMBER) Penduduk dari sembilan taman perumahan dekat Tanjung Agas di sini telah mengadakan aktiviti gotong-royong.

Antara yang terlibat adalah seperti Taman Tanjung Gading, Taman Sri Gading, Taman Tun Syed Nasir, Taman Kesang Indah, Taman Gading Baru, Taman Garuda, Taman Wawasan dan Taman Damai.

Ketua Jabatan Kesihatan Daerah Tangkak, Pn. Rosidah Yahya berkata, pihaknya bersama agensi yang berkaitan telah membuat pemeriksaan di kawasan taman perumahan tersebut hari ini dan pihaknya akan mengeluarkan kompaun kepada pemilik kediaman jika didapati keadaan tidak memuaskan.

Tambahnya lagi, pihaknya juga telah mengedarkan risalah kesedaran dengan meminta orang ramai memastikan kebersihan di premis kediaman mereka setelah mendapati terdapat kes demam denggi yang berlaku di kawasan tersebut baru-baru ini.

Pegawai Pembangunan Masyarakat Majlis Daerah Tangkak (MDT), En. Haris Pandi berkata, aktiviti gotong-royong pada kali ini melibatkan pelbagai agensi seperti Skuad COMBI, SWCorp, SWM Environment dan jawatankuasa penduduk selain Jabatan Kesihatan dan pihak MDT.

(Jawatankuasa penduduk di kawasan perumahan yang mempunyai premis kediaman melebihi 1,600 unit diminta untuk merekod dan mengaturkan kutipan berjadual sekiranya kutipan sampah lewat dikeluarkan atau dikutip.)