China Press – 15 Tahun Pengaliran Air Tidak Lancar Semasa Hujan Lebat

Pengkalan Rama Pantai, ramai penghuni warganegara telah berpindah keluar dari kawsan tersebut dan rumah dikawasan tersedbut telah disewa kepada pekerja asing dan ini telah mendatangkan masalah kebersihan dan keselamatan dikawasan tersebut. Menurut seorang penduduk dikawasan tersebut, kawasan Pengkalan Rama mempunyai 100 buah rumah dan lebih kurang sebanyak 50 buah telah disewa kepada pendatang asing. Dalam tempoh 3 tahun ini, sering berlaku kecurian dan menurut seorng penghuni yang menetap dikawasan tersebut, rumahnya telah dimasuki pencuri sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun.

Menurut penghuni juga kawasan tersebut, pekerja asing didapati tidak menjaga kebersihan dan pihak DAP telah menerima aduan daripada penduduk dan telah meminta bantuan daripada pihak SWM Environment untuk melakukan pembersihan dikawasan tersebut.

Longkang besar di Pengkalan Rama Pantai tiada pembersihan selama 15 tahun dan telah dipenuhi dengan lalang dan pokok-pokok yang telah membesar sehingga menutupi longkang yang sedia ada. Selepas menerima aduan daripada pihak DAP, SWM Environment mengambil tindakan pantas dengan menghantar beberapa orang pekerja dan jentera untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dikawasan tersebut sehingga longkang yang tertutup itu telah dibersihkan sepenuhnya oleh jentera pihak SWm Environment.