Bertanggungjawab Terhadap Pengasingan Sisa Pepejal, Beri Kebaikan. Barangan Yang Dikitar Semula, Terima Mata Ganjaran Tukar Hadiah.

(Seremban, 20.09.18) Komuniti yang melaksanakan pengasingan sisa pepejal akan menerima mata ganjaran untuk menukar hadiah!

SWM Environment Negeri Sembilan mempromosikan sistem baru pengumpulan poin ganjaran KITARecycle bagi menggalakkan lebih ramai lagi rakyat mengamalkan amalan pengasingan sisa pepejal. Sejumlah lima buah taman perumahan di Negeri Sembilan akan menjadi perintis kepada program ini dan lima buah dan 10 buah lagi taman perumahan di Melaka dan Johor.

Program ini akan dilaksanakan di Taman Arowana Seremban 2, Taman Sri Pulai, Bukit Chedang Fasa 2, Seremban, Impiana Residence, Nilai dan Park Residences, Bandar Springhill, Port Dickson.

Lima Sangkar Kitar Semula Diletakkan

Ketua Pegawai Operasi, SWM Environment Sdn Bhd, Encik Ho De Leong memaklumkan pihaknya telah bekerjasama dengan Fakulti Kejuruteraan Universiti Multimedia iaitu syarikat i-Cycle Sdn Bhd. Bagi fasa pertama perlaksanaannya, lima buah sangkar kitar semula akan diletakkan di Negeri Sembilan bagi mengumpul barangan kitar semula oleh orang ramai.

Beliau memberitahu komuniti taman perumahan yang terlibat akan menerima Ganjaran Mata Kitar Semula. Penduduk perlu membuat pendaftaran akaun melalui laman sesawang www.icycle-global.com. Penduduk akan diberikan pelekat kod bar untuk ditampalkan di beg pembungkusan barangan kitar semula. I-Cycle Sdn Bhd menerima 35 jenis sisa kitar semula seperti tin aluminium, kertas dan sebagainya. Setiap barang kitar semula mempunyai jumlah mata yang berbeza.

Penduduk hanya perlu memeriksa mata ganjaran melalui dalam talian. Hadiah juga boleh dipilih dan ditebus melalui dalam talian. Pihak i-Cycle akan mengaturkan hadiah dihantar kepada penduduk. Pilihan hadiah termasuklah straw buluh, alat tulis, barangan keperluan rumah, barangan elektrik dan banyak lagi.

SWM Environment memperkenalkan sistem Mata Ganjaran di Dewan Perdana KRS pada petang ini. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Teo Kok Seong. Turut hadir Yang Berhormat S.Veerapan, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato’ Haji Zazali Bin Salehuddin, Pengarah Eksekutif SWM Environment, Dr Uzir Abdul Malik dan Ketua Eksekutif i-Cycle Sdn Bhd Dr Tan Ching Seong.

Ho De Long juga memberitahu, pihak syarikat akan mempromosikan konsep ini di dalam kampus kerana generasi muda lebih mudah untuk menukar minda mereka dalam menguruskan sisa pepejal melalui amalan pengasingan sisa pepejal dan menjaga kelestarian alam sekitar.

Teknologi Hijau Tidak Mencemarkan Alam Sekitar

Yang Berhormat Teo Kok Seong menekankan dalam projek Malaysian Mission Valley (MVV) memfokuskan pembangunan kepada industri. Ianya tidak akan memberikan kesan serius kepada pencemaran alam sekitar di Negeri Sembilan kerana penggunaan teknologi tinggi dalam industri akan diperkenalkan seiring dengan teknologi hijau.

Beliau menyatakan Menteri Besar telah membuat pengumuman bahawa MVV telah bertukar fokus dan terdapat segelintir pihak yang tidak memahaminya dan beranggapan pembangunan industri akan memberi kesan pencemaran.

Kerajaan Negeri Sembilan sedang dalam rangka memperkenalkan pelabur dengan memfokuskan teknologi tinggi dan teknologi hijau bagi mengukuhkan pembangunan industri yang akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Beliau juga memberitahu kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana industri yang melakukan pencemaran.

Teo Kok Seong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru memberikan maklum balas pengenalan sistem ganjaran. Beliau percaya penguatkuasaan yang dilaksanakan sebelum ini terhadap mereka yang melanggar pengasingan sisa pepejal tidak menampakkan hasil. Oleh itu, pendekatan baru seperti ini memerlukan kerjasama daripada MKKK melalui aktiviti yang akan dilaksanakan seperti yang dirancang.