BERGOTONG-ROYONG BERSIHKAN TAMAN REKREASI KG. BARU SENAI

(KULAI, 27 MAC) Bagi mengelakkan menjadi tumpuan aktiviti tidak sihat dan pembiakan nyamuk, beberapa agensi awam telah buat pertama kalinya pada tahun ini bekerjasama membersihkan di sekitar taman rekreasi Kampung Baru Senai.Menurut Ahli Majlis Perbandaran Kulai, Pn. Lau You Lee, kebersihan di kawasan tersebut bergantung pada masyarakat setempat dan aktiviti tersebut diadakan dengan menumpukan kepada pembersihan semak di sekitar taman rekreasi awam berkenaan.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pelbagai agensi awam yang terlibat seperti Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Jabatan Kesihatan Kulai, SWM Environment Sdn. Bhd., JKKK Senai, JPP Zon 4 dan Rukun Tetangga.