Beberapa kawasan sekitar bukit beruang, angkat perabut yang rosak memerlukan 2 hingga 3 hari

Summary: SWM Environment assisted the cleaning work in Bukit Beruang as a result of the flash floods

Bukit Beruang, penduduk di 3 buah taman di bukit beruang telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengangkat keluar perabut yang rosak telah menyebabkan sampah bertambah dan mengambil masa 2 hingga 3 hari untuk mengangkat sampah pukal ke tapak pelupusan.

Mr Loh, ahli majlis MPHTJ berkata, pada hari jumaat yang lepas, hujan lebat menyebabkan taman Bukit Beruang Utama, taman Bistari dan taman Melawi mengalami banjir dimana 200 penghuni rumah terjejas. Beliau berkata, dalam beberapa hari ini, penghuni rumah telah menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk mencuci lantai dan membuang perabut rosak dan diletakkan ditepi jalan. Beliau juga telah menghubungi SWM Environment untuk membantu kerja0kerja pembersihan dan mengangkat sampah. Memandangkan sampah yang terlalu banyak, pihak SWM tidak dapat melakukan dalam masa sehari dan dijangka memerlukan 2 hingga 3 hari untuk menyelesaikan semua sampah-sampah yang dihasilkan.

Mr Loh juga berharap penduduk lebih bersabar dan pihak SWM akan selesaikan kerja-kerja pembersihan secepat yang mungkin. Beliau juga berkata, banjir kali ini telah mendatangkan kerugian yang besar kepada penduduk setempat.