Bau Busuk Telah Menghalang Pelanggan Dari Datang – Pembuangan Minyak Ke Dalam Longkang Menjadi Tebal Sebabkan Longkang Tersumbat

Longkang tertutup dibelakang lorong kedai menyebabkan bau busuk. Di Melaka Raya jalan 4, dibelakang lorong longkang yang dipercayai rosak akibat perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab sehingga membuatkan longkang tersumbat dan mengeluarkan bau busuk. Mr The, DAP, telah menerima aduan daripada peniaga dan telah ke tempat yang dimaksudkan bersama-sama pegawai SWM Environment dan mendapati longkang dibelakang tersumbat dan tambahan dengan pembuangan minyak masak oleh peniaga kedalam longkang menyebabkan longkang menjadi tepu dan mengeluarkan bau yang busuk.

Pegawai dari SWM Environment telah menyiasat dan mendapati longkang tersebut telah dirosakkan dan tambahan pula longkang yang tertutup sehingga menjejaskan kerja-kerja pembersihan akibat tersumbat. Menurut Mr. Teh, dalam tempoh 3 bulan yang terdekat ini beliau telah menghubungi pihak SWM Environment dan dengan segera pihak SWm telah menghantar pasukan pekerja untuk membersihkan dan menyelesaikan maslaah tersebut.

Minggu yang baru-baru ini, pihak kedai sekali lagi telah membuat aduan kerana tidak tahan dengan bau yang busuk. Pihak SWM sekali mkali mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan sejurus menerima aduan daripada pihak peniaga. Mr. Teh berharap akan mendapat kerjasama daripada semua pihak dalam menyelesaikan masalah ini dari akar umbi. Beliau juga meminta pihak majlis mengambil tindakan terhadap kerosakan longkang yang telah menyebabkan longkang tersumbat.