BANTUAN UNTUK IBU TUNGGAL

(ISKANDAR PUTERI, 11 JUN) Syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melalui entiti SWM Kasih telah menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan Iskandar Puteri. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) tersebut telah menyalurkan bantuan kepada ibu tunggal dari sekitar kawasan berkenaan.Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, Mohd Zan Arris menjelaskan bahawa progam SWM Kasih tersebut merupakan yang kedua sempena bulan Ramadan ini dengan menyaksikan pengagihan 4,000 mangkuk bubur lambuk kepada penjawat awam, anggota keselamatan, mahasiswa dan orang awam. Pemilihan ibu tunggal tersebut sebagai langkah menyalurkan bantuan secara berfokus kepada kumpulan masyarakat tertentu.Tambah beliau lagi, penganjuran program pada kali ini bertujuan untuk membantu ibu tunggal yang terpilih melakukan persediaan Hari Raya. Bagi membangkitkan kemeriahan Aidilfitri, SWM Environment turut membawa ibu tunggal bersama anak-anak mereka membeli belah pakaian raya di Gedung JAKEL Bandar Baru UDA yang turut melibatkan pemandu sukarela dari EXORA Owners Car Club Malaysia (EOCM)

Turut terlibat menjayakan program SWM Kasih Santun Ramadan pada kali ini antaranya adalah AEON Malaysia, Southern Lion, Nestle Malaysia dan Lee Biscuits yang menyalurkan bantuan berbentuk barangan keperluan dapur dan kebersihan diri kepada penerima bantuan yang terpilih.

Selain itu, SWM Environment turut mengambil tersebut mengagihkan duit raya kepada anak-anak ibu tunggal yang terlibat.

Program yang melibatkan seramai 30 orang sukarelawan dari SWM Environment dan EOCM berkenaan telah disempurnakan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor merangkap ADUN Skudai, Tan Hong Pin, Pengurus Wilayah Johor, SWM Environment, Mohd Zan Arris dan Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Md. Asri Amir.