Anwar: Pelan Pertama Merangka Cetakan Biru Port Dickson Bagi Jangka Masa Panjang.

(Port Dickson, 29.12.18) Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberitahu kesemua permohonan pelan projek pembangunan yang besar akan ditangguhkan sementara menunggu Pelan Struktur Port Dickson yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Beliau memberitahu mesyuarat berkenaan Pelan Struktur Port Dickson akan diadakan minggu depan dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa berkaitan.

Anwar memberitahu pada pagi ini ketika hadir di Pantai Cahaya Negeri, batu 5 dan telah merasmikan jentera SWM Environment Sdn Bhd.

Anwar menyatakan bagi menjadikan Port Dickson salah sebuah lokasi pelancongan bertaraf antarabangsa, ianya memerlukan kebersihan pantai tetapi masih lagi terdapat banyak sampah di pantai Port Dickson kerana pengunjung menganggap pantai Port Dickson sebagai tong sampah.

Kesedaran awam terhadap penjagaan pantai masih lemah. Pengunjung yang berkhemah menjadikan pantai Port Dickson seperti tong sampah dengan membuang sampah sesuka hati.

Anwar memberitahu orang ramai perlu mempunyai kesedaran yang tinggi bagi menjadikan Port Dickson lokasi bertaraf dunia.

Beliau akan memperkenalkan dua buah hotel bertaraf lima bintang, pusat membeli-belah yang besar dan tempat makan di Port Dickson.

Dalam masa yang sama, beliau telah memperkenalkan jentera SWM Environment, Robot Street Sweeper. Beliau juga turut mengetuai pembersihan pantai dan berjoging.