ANJAKAN JADUAL SWM ENVIRONMENT DI 15 PBT BERMULA HARI INI

(JOHOR BAHRU, 15 MEI) Sempena menyambut bulan Ramadan yang akan tiba beberapa hari lagi, pihak SWM Environment akan menganjakkan jadual perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Johor bermula hari ini dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 20 Mei ini.

Menurut kenyataan media SWM Environment hari ini, pihaknya mengambil maklum akan aktiviti pembersihan yang dijalankan oleh pemilik premis kediaman dan dijangka banyak sisa pukal seperti perabot akan dilupuskan.

Sehubungan dengan itu, pihak SWM Environment akan meneruskan inisiatif sosial Ops Deko Raya bagi membantu orang ramai membersihkan kediaman dan membuat persiapan hari raya.