Amalan Kitar Semula Di Seremban & Nilai Dijangka Dapat Mengurangkan Beban Daerah Sebanyak 40%.

Summary: SWM NS participated in LA21 program organized by Majlis Perbandaran Nilai & Majlis Perbandaran Seremban.

(Seremban, 05.08.17) Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai, Yang Berbahagia Datuk Abdul Halim Bin Abdul Latif telah menyatakan sejak perlaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca , Seremban dan Nilai telah berjaya mengurangkan sebanyak 40% sampah ke tapak pelupusan.

Beliau memaklumkan Majlis Perbandaran  Seremban dan Nilai selama ini membayar sejumlah besar kos pelupusan sampah dimana Majlis Perbandaran Seremban telah menguruskan sehingga RM17 juta  setahun, sementara Majlis Perbandaran Nilai menguruskan sehingga RM16 juta setahun.

Beliau memberitahu kedua-dua Majlis Perbandaran telah mengumpulkan sejumlah 70% sampah domestic yang terdiri daripada sampah dapur, yang boleh dijadikan baja organic.

Beliau menggesa orang ramai tidak melakukan pembaziran makanan, pengurangan jumlah sisa pepejal dan dapur dapat dicapai melalui pengasingan sampah dan kitar semula.

Beliau menambah, SWM Environment Sdn Bhd melakukan kutipan sampah dan melupuskannya di tapak pelupusan dan hakikatnya terpaksa membayar RM29 per tan, manakala Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan membayar RM25 per tan, selebinya RM4 adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan.

Sekiranya kita tidak melaksanakan pengasingan sisa pepejal dan program kitar semula, Majlis Perbandaran Seremban terpaksa membayar tambahan RM500,000 dan Majlis Perbandaran Nilai RM300,000. Kenyataannya, kita dapat menjimatkan kos, dan memberikan kelebihan kepada lebih ramai orang awam melalui pembangunan kemudahan asas.

Beliau memberitahu aktiviti pengasingan sisa pepejal dan program kitar semula dapat mengurangkan jumlah sampah tetapi dapat mengurangkan penggunaan tapak pelupusan sampah sekaligus mengelak daripada pencemaran alam sekitar.

Beliau berharap pengkelasan sampah dapat mempromosikan kesedaran sivik orang ramai terhadap penjagaan alam sekitar, pengasingan barang kitar semula dan pengurangan jumlah janaan sampah.

Pembentangan pada hari ini telah dihadiri oleh wakil penduduk, sekolah, dan lain-lain.

Gambar: Wakil SWCorp Negeri Sembilan memberikan penerangan tatcara mengasingkan sisa sambil diperhatikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban dan Nilai, Yang Berbahagia Datuk Abd Halim Bin Abd Latif.