ALEX MENERIMA 267 KES – KES AEDES DIMELAKA BERKURANGAN SEBANYAK

Adun Kesidang, Alex Chia berkata, mengikut statistik daripada jabatan kesihatan negeri Melaka, mulai awal tahun ini sehingga 30 Jun telah menerima 267 kes denggi yang dilaporkan berbanding dengan tahun lepas sebanyak 806 kes. Beliau juga mencadangkan setiap bulan untuk mengadakan kegiatan gotong royong di taman-taman yang terlibat dengan masalah denggi ini. Kegiatan gotong royong bersama pihak Jabatan Kesihatan dan SWM Environemnt telah diadakan di Taman Orkid dan mendapati terdapat penghuni rumah yang mengumpul barangan kitar semula.

Pihak jabatan juga ada mengeluarkan notis amaran kepada penghuni rumah supaya menjada kebersihan barangagn kitar semula yang dikumpul supaya tiada takungan air supaya tiada pembiakan nyamuk aedes. Selain daripada itu, beliau mencadangkan kerajaan tempatan untuk mengadakan kegiatan gotong royong ditaman-taman yang berhampiran untuk memastikan kebersihan longkang dan rumput dipotong untuk memelihara alam yang bersih. Pekerja SWM telah membantu dalam menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang.