Air Salak – Jalan Kecil terdapat pembuangan Sampah Binaan dan Telah Dibersihkan

Summary: SWM Environment assisted in cleaning illegal rubbish in Air Salak areas apartments to prevent dengue

Jalan kecil yang menyambungkan Air Salak ke Sungai Udang terdapat longgokkan sampah binaan disepanjang jalan dan penduduk telah membuat aduan kepada Mr Chua, Ahli Majlis MBMB untuk bantuan dan pada hari ini (semalam) pihak SWM Environment telah menghantar pasukan pekerja dan jentera untuk membersihkan kawasan tersebut.

Mr Chua mencadangkan kepada pihak SWM Environment untuk mengorek tanah untuk membuat satu longkang kecil untuk menghalang lori pembinaan memasuki kawasan tersebut untuk membuang sampah binaan dan pada masa yang sama, diminta untuk mendirikan papan tanda dilarang membuang sampah. Beliau juga mencadangkan kepada pihak SWCorp untuk kerap melakukan pemantauan terhadap pembuangan sampah haram dan juga meminta penduduk untuk untuk memberi kerjasama untuk memberi maklumat berkaitan kutu sampah yang membuang sampah haram di tempat tersebut. Beliau juga meminta pihak berkuasa untuk memotong lalang-lalang ditepi jalan kerana terlalu tinggi. Beliau berkata pihak majlis perlu memandang serius terhadap masalah sampah yang selalu menjadi penyebab utama banjir kilat kerana akan mengganggu pengaliran air longkang akibat tersumbat.

Menjelang musim hujan setipa taman akan mengadakan kegiatan gotong-royong untuk pembersihan longkang dan sampah. Pada masa yang sama beliau berharap kontraktor yang melakukan pengubahsuaian rumah supaya tidak menutup lubang longkang untuk menyenangkan proses pembersihan.

Selain daripada itu, Mr Lee, penghulu Air Salak berkata, kebanyakkan penoreh getah yang menaiki motor akan melalui jalan kecil tersebut dan kenyakkan daripada mereka mengalami keadaan tayar bocor akibat pembuangan sampah binaan yang tajam dikawasan tersebut. Selepas pihak SWM Environment melakukan kerja-kerja pembersihan sampah dan khuatiri masalah ini akan tetap berulang dan amat berharap pihak berkuasa untuk ambil langkah-langkah pencegahan untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.