5 NGO BERGOTONG-ROYONG DI TAMAN BUKIT INDAH

(ISKANDAR PUTERI, 10 FEBRUARI) Agensi kerajaan seperti Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Pertubuhan Relawan Malaysia (RELA), SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 19 dan 20 telah bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergotong-royong di Taman Bukit Indah.

Turut hadir pada aktiviti tersebut adalah Timbalan Ketua Whip MBIP, En. Er Siau Kheng, Pegawai RELA, En. Khamala, wakil SWM Environment, En. Bakar, wakil PDRM, En. Fazli dan Pengerusi JPP Zon 19 & 20, En. Soh Lek Kee.