30 PENGAMAL MEDIA HADIR DI MALAM PENGHARGAAN MEDIA DIANJURKAN OLEH SWM ENVIRONMENT

 

Seramai 30 orang pengamal media menghadiri majlis makan malam dan penghargaan yang dianjurkan oleh pihak SWM Environment di Hotel Ramada. Pihak SWM Environment telah mengadakan makan malam bersama media yang dikatakan bayak membantu dalam menaikkan nama SWM Environment dengan berita-berita yang telah ditulis oleh pihak wartawan.
Majlis tersebut telah diadakan semalam dan telah menjempt seramai 30 pengamal media Melaka telah hadir dan melakukan pelbagai aktiviti seperti kerusi beracun, pecahkan belon dan pertandingan karaoke selain menyampaikan sijil penhhargaan kepada semua media yang hadir.
Selain daripada itu, pihak SWm juga telah menyampaikan sumbangan kepada arwah Hatim, jurufoto NST kepada ketua jurufoto media NSTP. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Dr. Uzir dan Dr. Al’Ashari, Pengurus Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan.