200 MURID SERTAI AKTIVITI PEMBERSIHAN PANTAI – SEMPENA PERTANDINGAN WMAM ECO YOUTH CHALLENGE

(JOHOR BAHRU, 2 OGOS) Seramai 200 murid telah mengambil bahagian dalam Aktiviti Pembersihan Pantai sempena Program WMAM Eco Youth Challenge 2018 di jajaran pantai Wilayah Timur Johor yang melibatkan peserta dari empat buah sekolah di sekitar daerah Kota Tinggi dan Mersing.Menurut Pengerusi Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM), En. Ho De Leong, aktiviti murni tersebut merupakan komponen utama Program Sampah Marin yang dipertanding dengan kerjasama strategik bersama the MareCet Research Organization di samping penganjur utama iaitu Yayasan Coca-Cola, SWM Environment dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Katanya, penganjuran aktiviti tersebut dapat membentuk kefahaman dan kesedaran melalui aktiviti pembersihan pantai serta memberi pengalaman dan gambaran yang lebih jelas tentang situasi sebenar di kawasan pantai dan kesannya terhadap hidupan laut.

Tambahnya, aktiviti tersebut yang berlangsung selama tiga hari telah mengumpul dan membersihkan sampah seberat 1,420 kilogram di tiga lokasi berbeza iaitu dekat Persisir Pantai Sungai Rengit, Pantai Teluk Mahkota dan Pantai.