150 ORANG JAYAKAN GOTONG-ROTONG ANTI-DENGGI

(TANGKAK, 4 MAC) Seramai 150 orang telah terlibat dalam Aktiviti Gotong-Royong Anti-Denggi anjuran Majlis Daerah Tangkak (MDT), Jabatan Kesihatan Tangkak dan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) di Kampung Baru Tangkak pada hari ini.Pengawai Kesihatan Tangkak, En. Hafizi memberitahu bahawa daerah Tangkak mencatat bilangan kes demam denggi tertinggi di negeri Johor dari bulan Januari hingga 28 Februari pada tahun ini dengan catatan yang dikesan sebanyak 33 kes.

Ketua MCA Bahagian Tangkak, Dato’ Goh Tee Tee meminta kerjasama dan perhatian daripada penduduk untuk menjaga kebersihan kediaman dan kawasan sekeliling mereka selain memastikan tiada sebarang tempat takungan air yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.