JADUAL ANJAL KHAS MEMUDAHKAN PEKERJA KELUAR MENGUNDI

(JOHOR BAHRU, 3 MEI 2018) SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) mengumumkan pengaktifan jadual anjal khas sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bermula dari 5 Mei sehingga 8 Mei 2018.Pengurus Wilayah Johor, En. Mohd Zan Arris berkata, perancangan jadual anjal khas ini dilaksanakan bagi memudahkan pekerja berwarganegara Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Jadual perkhidmatan ini akan dianjakkan sehari awal dan kembali beroperasi seperti biasa pada 10 Mei.

Jadual anjal khas ini dilaksanakan selaras dengan penetapan tarikh PRU-14 oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan setelah mempertimbang kekuatan dan kemampuan tenaga kerja yang dimilikinya.

Pihak SWM Environment memohon kerjasama daripada semua pihak supaya mengurus sisa buangan sebaiknya bagi mengelakkan masalah limpahan sampah sepanjang tempoh tersebut.

Orang awam boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472 atau melalui Talian WhatsApp SWM di 012-618 0082 bagi menyalurkan sebarang pertanyaan.