1,476 Pekerja SWM Akan Bertugas Sempena Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

(Seremban, 08.06.18) Sejumlah 1,476 orang pekerja SWM Negeri Sembilan akan bertugas sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan tahap kebersihan berada pada tahap terbaik

YB Tuan Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung baru menyatakan pihaknya telah mengenal pasti 32 lokasi pasar awam, 13 buah lokasi pasar tani mega, 55 buah lokasi bazar Ramadan, 13 buah lokasi bazar Raya dan 47 buah lokasi pasaraya yang menjadi tumpuan para pengunjung.

Selain itu, tumpuan kerja-kerja juga akan melibatkan sejumlah 11 buah lokasi yang menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung di Negeri Sembilan.

Beliau juga turut memberi jaminan bahawa pihak berkuasa tidak akan mengalami masalah perkhidmatan ketika hari perayaan. Dalam masa yang sama beliau turut memastikan setiap pekerja melakukan tugas mengikut jadual.

Pengarah SWCorp Negeri Sembilan turut memastikan Unit Khas raya di setiap daerah akan menerima aduan dan menyelesaikannya dengan segera ketika sambutan perayaan Aidilfitri.

SWM juga turut menghantar sukarelawan dari kalangan kakitangannya untuk mengedarkan bubur lambuk kepada pengunjung bazar Ramadan.