180 Buah Sekolah Menengah Menyertai Pertandingan.

(Seremban, 22.02.18) Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia telah mempromosikan program WMAM Eco Youth Challenge kepada pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bagi memastikan kelestarian alam sekitar serta menambahkan lagi penglibatan pelajar menjaga alam sekitarProgram ini mendapat kerjasama daripada Yayasan Coca-Cola, SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bagi mempromosikan pelajar kepada pertandingan yang bersifat eko-persekitaran.Memperkukuh Kesedaran Terhadap Alam Sekitar
Pengerusi Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia memberitahu pertandingan bermula pada bulan Februari tahun ini sehingga penghujung bulan September.

Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah Pertandingan dan Jelajah Pendidikan 3R, Pertandingan Kutipan Barangan Kitar Semula, Laporan Kelestarian Alam Sekitar, Pertandingan Arca Kitar Semula, Pertandingan Video Pendek #WasteNot, Program Sampah Marin (10 buah sekolah terpilih) dan Pertandingan Choral Speaking.
Beliau menyatakan objektif utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada para pelajar terhadap penjagaan alam sekitar dan memberikan peluang kepada pelajar mengambil inisiatif ini untuk menjaga alam sekitar.

Beliau memberitahu isu pencemaran alam sekitar semakin teruk saban hari, sekiranya kita tidak menjaga alam sekitar dan mengambil langkah tertentu mengatasinya akan memberikan kesan serius terhadap ekologi dan alam sekitar.
Oleh itu, kitar perlu menanam kesedaran penjagaan alam sekitar kepada para pelajar agar menjadikan amalan 3R sebagai sebahagian dalam budaya kehidupan mereka dalam usaha menjaga alam sekitar.
Beliau berharap melalui pertandingan yang dibuka kepada para pelajar dapatmendedahkan para pelajar terhadap nilai sisa yang dijana oleh mereka boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan mahupun tambahan apabila mereka menerapkan amalan 3R dalam kehidupan seharian.

Kami juga turut memfokuskan kesedaran terhadap kehidupan marin dengan mendidik para pelajar untuk menguruskan sisa marin dengan lebih berhemah.

Ho De Leong: 10 Sekolah NS, Melaka & Johor Terlibat Dalam Program Sampah Marin

Encik Ho De Leong menyatakan Program Sampah Marin melibatkan 10 buah sekolah yang terpilih di dalam lingkungan 5 kilometer radius daripada pantai. Sekolah-sekolah yang terpilih akan berentap melaksanakan satu projek bagi mengekalkan keindahan pantai daripada tercemar.

Beliau turut memberitahu sekolah-sekolah yang berjaya dalam pertandingan ajuran WMAM ini akan diketengahkan di peringkat antarabangsa di International Solid Waste Association (ISWA) World Congress 2018.
Turut hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut adalah Penolong Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Wan Mohd Ariffin Bin Wan Hussin, Pengarah Pengarah Hal Ehwal Saintifik & Pengawalseliaan Asia Pasifik, The Coca-Cola Company, Encik Ng Kim Keat, Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Encik Zainal Fitri Bin Haji Ahmad dan Pengarah Eksekutif SWM Environment Sdn Bhd, Dr Uzir Bin Abdul Malik.